Skip to main content

Hectic Month Just Begin!!! Road to Final Sem 1 :')

          Hai assalamualaikum guysss..harini aku just nak luah kepenatan aku start hujung bulan November ni, almaklumlah final next month, so segala macam assignment, task, project kena submit before week 14. Actually, aku boleh kata yang "penat" yang aku maksudkan tu bukan penat fizikal or badan, tapi lebih kepada penat otak or mental. Bagi aku, penat badan ni sekejap je boleh hilang sebab bila mana kau tidur or rehat, penat tu akan hilang. BUT, penat mental ni kau bawak lah tidur ke baring ke duduk ke, as long as banyak kerja yang kau belum settlekan, selagi tu lah otak kau rasa terbeban. Terbeban dengan apa? terbeban dengan kerisauan kau tak sempat submit, tak sempat jumpa project member untuk disscussion, tak tahu macam mana nak buat assignment tu, haa banyak lagi lah sebenarnya..untill sampai satu tahap aku akan sakit kepala, aku tak sure itu migrain ke bukan, tapi memang sakitt.

           So, setakat week 10 ni, aku baru je dapat assignment account dengan assignment applikasi komputer dan kedua dua nya kena submit by next month, which is nak dekat dah pun dateline nya...To be honest, aku lagi prefer indidual assignment sebab lebih fleksibel nak buat bila apa semua, sebab bila grouping assignment ni, kita tak buat sorang, so kena jumpa each other untuk buat discussion. Part nak jumpa tu yang paling leceh sebenarnya, sebab ada yang sibuk ada yang free.. so memang susah nak jumpa semua sekali.

         


                So, apa yang aku buat untuk mengurangkan stress kat otak aku ni adalah bertenang. YES, ini paling penting dan benda first yang kita kena buat. Dalam situasi aku, aku cuba fikir positif yang Inshaallah yakin je dengan Tuhan, semua kerja kita akan settle, serah je semua kepada Dia, as long as kita berusaha nak siapkan semua kerja kerja tu. Jangan semata mata berdoa, berserah, berharap saja tapi semua kerja kerja yang bertimbun tu kita tak cuba siapkan, still tak akan siap. So, tak kira even susah mana pun, even complicated mana pun assignment kita tu, try and cuba buat, Inshaallah boleh.

                Second, memang perlu pengorbanan masa. Macam few weeks before mid sem haritu, aku punya mindset time tu adalah habis class, balik kolej nak rehat, ada gap before next class start, balik kolej nak relaks, thats it. Then, aku sedar kesan perbuatan aku ni effect studies aku which is aku tercicir banyak topik subjek. Sebabnya, asal balik kolej, rehattt jee bukan revision sangat pun. After aku dah sedar kesilapan aku tu, aku ubah daily timing aku. So, apa yang aku buat is habis kelas jee, aku pergi library untuk revise and study topik sebelum ni yang aku dah belajar. And yeah you know what, pengorbanan masa aku untuk tidak balik kolej untuk semata mata nak rehat, nak relaks tu sangat berkesan bila mana aku dapat catch up balik topik topik lepas yang banyak aku tercicir. And then semua latihan tutorial pun aku dapat siapkan satu per satu, yeahh alhamdulillah. Lagipun, aku sangat suka kan environment library tu untuk aku study, yes macam kita tahu, library kan selesa, luasa, terang, sejuk, complete!!!

                Third, kena bijak uruskan masa (time management). Macam dulu, asal weekend je memag kerjanya bangun lambat saja.. kadang tu tengahari baru celik ahahahahaha lol. Tapi, since aku dah sedar yang aku banyak buang masa kat situ, so sekarang aku akan bangun pagi untuk settlekan kerja kerja aku. Selain tu, kalau ada waktu gap before class start pun, aku akan siapkan assignment or buat revision atau apa apa jelah yang berkenaan dengan kerja kerja aku. So, dengan memanfaatkan masa yang kita ada tu, slowly but surely kerja kita akan siap, trust me!!! Sebabnya kalau nak tunggu betul betul masa yang lapang untuk kita buat kerja, jawapannya memang tak akan siap sebab masa yang betul betul lapang tu tak wujud, seriously.

                 The last one is kena banyak berdoa kat Tuhan. Sebab apa?? Sebab Dia yang aturkan semua jalan hidup kita ni.. ecewah kemain ayat...hahahaha Nampak macam klise tapi memang betul betul kena buat. Contohnya, lepas solat tu, kau doa lah kat Allah supaya berikan kau kefahaman yang luas, akal yang tajam, idea yang banyak dalam menempuhi studies kau tu. Sebabtu bila mana aku study atau buat exercise especially soalan yang melibatkan calculation, and aku berjaya dapat jawapan dengan jalan kerja sekali apa semua, memang terus aku berdoa weh hahaha Kita kena berterima kasih kat Tuhan kita wei sebab Dia yang bagi kefahaman tu untuk kau jawab and berjaya dapat jawapan tu.
cehh dah macam ustazah dah aku ni hahahh jangan memain, ustazah hani in action!!

                  Okay last but not least, dalam kesibukan mana pun kita sekarang ni, jangan gelabah, over-worried, sedih ke apa semua tu. Just bertenang and start do your work!!! Ingat, slowly but surely!!! It is okay untuk kita slow daripada kawan kita, yang penting kita ada usaha nak siapkan kerja kita tu okayyy.. Thanks for reading and see you next timeee byee!!!











Comments

Popular posts from this blog

Cara Cari Buku guna Gemilang UKM (opac) di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM~~

                Hollaaa, happy weekend everybody!!! Okay harini aku nak share something yang sangat sangat penting especially for student UKM which is cara nak cari buku guna opac system kat library tercinta kita, PTSL (ecewahh) But, student uni lain pun boleh je follow step ni sebab sistem opac ni lebih kurang je kat semua library…Actually aku tau opac system kat PTSL ni nama dia Gemilang UKM adalah dari taklimat perpustakaan yang aku attend awal awal masuk uni haritu. Pegawai PTSL tu pun terangkan cara nak guna Gemilang UKM ni untuk cari buku yang available kat PTSL tu. So that, takde lah kita dah susah susah datang library, rupa rupanya buku yang kita nak tu dah tak available, gituu lah kiranyaa.                 Alkisahnya, actually aku pun malas jugak nak ambik port pasal Gemilang UKM lah, pinjam pulang buku lah, all of things about library aku malas nak kisah hahahaha tapiiii sampai lah masanya bila aku melalui minggu minggu lecture yang tough, heavy dengan apa benda a

Best ke gymnasium Kolej Keris Mas, UKM?? Lets check it outtt~~

          Hai semuaaa, assalamualaikum geng!!! Okay harini aku nak cerita pengalaman aku first time pergi gym KKM. Actually, aku dah lama teringin nak datang sini sebab seumur hidup aku tak pernah lagi tengok gym in real life hahahaha sadd. Then, bila aku tau je kolej aku ni ada gym, memang aku teruja lah nak datang enn, tapi tu lahh aku takde masa and member yang nak pergiii.            So basically gym KKM ni dibuka untuk perempuan hari Jumaat dari 5pm sampai 7am jee. Sekejap gilaa kan?? Yes, memang sekejap pun, aku tak nafi kan, dahla hari Jumaat jeee huhuhuhu Rasional kenapa gym tu bukak sekejap je untuk perempuan adalah kalau bukak hari hari pun,bukan ada yang nak datang pun ,almaklumlah kita kan golongan pemalas bersenam hahahahahahha Masalahnyaa aku nak tekad workout main gym pun susah tau sebab Jumaat petang tu aku ada kelas sobsobsob So kena tunggu class cancel je la baru boleh pergi hmmmm           Nak dijadikan kisah, haritu class Jumaat petang aku cancel. Then, terus

MUST TRY!!! Mee Tarik at Hot Meal Bar, Pusanika UKM

Okay gaisss, hai semuaaa. So harini aku excited lebih sikit sebab harini aku balik kampung, mid sem break just started!!! Yeayyyy feeling dia happy lain macam sebab ni adalah kali pertama aku balik rumah since masuk uni. Huwaaaa sedih bukan??hahahahaha Back to the topic, I wanna share to you guys about mee tarik. yummyyy.. Since aku masuk UKM, aku ada dengar buah mulut orang katanya mee tarik sini sedap. Aku be like..”erk,mee je pun,biasa laa bukan special mana pun…”So macam tak pernah terpikir pun nak masuk wishlist “to-try” gitu hahahaha. Btw mee tarik ni dijual di Hot Meal Bar,Pusanika. Aras berapa tu aku tak ingat kahkahkahkah.   Actually, baru baru ni aku ada pergi Hot Meal Bar tu sebab nak lunch tapi…apakan daya aku masuk je kedai tu terus culture shock jap, mostly dalam tu Chinese, baik Chinese local atau foreigner. Then, macam macam la persoalan bermain di fikiran aku ni, “erm halal ke makanan sini, kee makanan sini memang tak halal?” “erm semua Chinese dishes jee kat s