Hai assalamualaikum geng.. harini aku nak share tentang double cleansing yang sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia. So, basically double cleansing adalah satu cara/teknik mencuci muka dua kali dengan menggunakan dua jenis cleanser yang berlainan which is oil based cleanser dan diikuti pula dengan water based cleanser ( celanser yang tiap hari korang pakai tu). Mesti ramai yang ragu-ragu, tertanya tanya, takut, risau muka akan lebih berminyak jika cuci muka guna cleansing oil especially oily skin person kan?? BUT, dont worry muka korang tak akan berminyak sebab tekstur minyak dalam cleansing oil tu ringan jeee, tak seberat tekstur minyak masak yang dekat dapur kau tu bahahahaha For your information, oil based cleanser ni amat bagus dalam menangkap dan membuang segala oil based impurities especially makeup yang kita pakai tu. So, kalau kita hanya guna water based cleanser sahaja, hanya peluh atau debu sahaja yang dibersihkan, segala minyak, makeup tidak dibersihkan.
Contohnya, lepas seharian pakai makeup or even tak pakai makeup pun, kita boleh buat double cleansing. Caranya adalah:
- Tuang beberapa titis cleansing oil atas tapak tangan
- Sapu ke muka
- Urut keseluruhan muka bagi menghilangkan kotoran
- Titiskan air paip/air biasa di tapak tangan dan gosok kedua dua tangan tersebut
- Sambung urut muka dengan tangan yang telah dibasahkan dengan air tadi
- Bilas dan bersihkan muka dengan air sehingga bersih
- Ambil pencuci muka water based dan cuci muka seperti biasa
- Bilas dan bersihkan muka dengan air sehingga bersih
And now, aku nak share and review cleansing oil yang aku pakai untuk buat double cleansing ni. Brand yang aku guna sekarang adalah Simple Hydrating Cleansing Oil. Setakat ni, aku suka tekstur dia tak terlalu berminyak/ berat and senang nak cuci. And jangan risau aku rasa Simple Cleansing Oil ni dia takkan membuatkan korang jadi breakout ke apa ke sebab dia takde ingredients yang boleh clogged pores korang. BUT, brand B*ore yess ramai review cakap breakout sebab dia ada mineral oils yang boleh clogged pores korang. Harga dia bagi aku mahal jugak around rm35 ke atas. Boleh dapatkan produk ni di drugstore (Watson, Guardian). Haaaa lupa pulak aku nak inform yang cleansing oil brand yang aku pakai ni fragrance free tau.. So jangan lah pulak kau merungut kenapa cleansing oil ni bau dia busuk ke kurang menyenangkan ke...dah memang macam tu bau dia.. redho jelah hahahha kata nak cantik, so tahan lah baunya tuu, beauty is pain gituu HAHAHAHA
Okay, aku rasa itu sahaja yang aku nak share hari ini. Aku harap semua yang membaca ni akan start buat dan amalkan teknik double cleansing ni. Inshaallah akan nampak perubahan pada skin kita sebab teknik ni membuatkan skin kita bersih secara mendalam. Thank you kepada yang membaca sampai habis, sorry kalau ada tersilap maklumat or anything, see you next timee!!! Byee
Comments
Post a Comment