Hai assalamualaikum semua, harini i nak share pasal barangan terpakai atau kita panggil "preloved stuffs" kann?? So, basically preloved stuff ni adalah apa-apa barangan (beg, pakaian, kasut, peralatan dll) yang kita tak lagi gunakan BUT at the same time condition dia masih cantik, elok, berfungsi dan masih boleh digunakan lagi. Tapi kalini i akan fokus more to pakaian okayy.
So, kita direct to the topic terus okay. Bagi pendapat i, preloved stuff ni adalah BERBALOI dan TIDAK MERUGIKAN. Okay jom i share kelebihan kalau kita beli pakaian preloved instead of the new one. Lets gooooo!
1. Dapat memiliki pakaian berjenama dengan harga/bajet yang rendah
Kebanyakan pakaian preloved yang dijual adalah berjenama sebab tu koleksi peribadi dorang. Nama pun koleksi peribadi, mestilah kebanyakannya berjenama, cantik dan menarik kan? Contohnya, ZARA, MANGO, PADINI, UNIQLO, LEVI'S dan sebagainya. So, kita sebagai pencinta fesyen tapi taknak keluar duit banyak, pakaian preloved is for you okay!!
2. Dapat menjimatkan duit poket
Pakaian preloved ni bukan sahaja berjenama dan berkualiti, malah kebiasaannya harganya sangat berpatutan dan murah. Kebanyakan yang i perhatikan, pakaian preloved ni dijual dengan potongan harga lebih daripada 50%. Ada juga yang jual lagi murah seperti RM5 (kurang berjenama) dan RM10,RM20 dan sebagainya (berjenama). Of course kita dapat menjimatkan duit kita daripada melabur kepada harga yang lebih tinggi jika membeli yang baharu. Betul kannnnn heheheehe
3. Dapat mengurangkan kerugian jika berlaku peralihan trend fesyen
Trend fesyen sentiasa berubah dari masa ke masa. So, jika kita sentiasa beli dan beli pakaian yang "new", terdapat kebarangkalian kita akan membuang dan menyimpan pakaian tersebut begitu saja kerana ianya tidak lagi revelan dengan trend fesyen semasa. Disebabkan itu, lebih baik kita membeli pakaian preloved, ini kerana harganya murah dan jika ianya ketinggalan zaman, sekurang-kurangnya kerugian yang ditanggung oleh kita lebih kecil berbanding mereka yang membeli pakaian "new".
4. Dapat menjaga kesejahteraan alam sekitar
Apabila kita membeli pakaian preloved milik orang lain, ini bermakna amalan Reuse dan Reduce bagi 3R (Reuse, Reduce, Recycle) telah dipraktikkan. Ini kerana pakaian tersebut digunakan semula dan ini dapat mengurangkan pembelian pakaian baharu. At the same time mereka ini dapat mengurangkan pembuangan pakaian secara terus ke tapak pelupusan sampah. Secara tidak langsung, alam sekitar juga terpelihara.
So, yeahh itulah dia antara kelebihan-kelebihan kalau kita membeli dan menggunakan pakaian preloved. Bukan setakat dapat berfesyen guyss, tapi korang juga dah jimat duit and the most important thing is kita dapat jaga alam sekitar secara tidak langsung.
BUT, you guys kena ingat juga, semua benda kat dunia ni ada pro and cons dia. Macam preloved stuff jugak, kalau kita tak teliti dan berhati-hati, kita juga ada kebarangkalian dapat pakaian yang buruk, lusuh, mahal, tidak berkualiti dan sebagainya. So, paling penting kat sini adalah you guys kena survey dan perhatikan dulu seller tu. Pastikan seller tu telus dan jujur dengan preloved stuff yang dia jual tu then it should be okayy.
-LAST BUT NOT LEAST-
If you guys are interested to buy preloved stuff from me, i do have!! Antara preloved stuff yang my shop jual adalah blouse, pants, tudung, handbag and many more!! Semuanya condition cun dan ada yang baru pakai sekali dua guyss (lumrah perempuan) hahahaha. Dont worry, semua preloved stuff yang i jual still cantik, yang tak elok, tak nice semua i tolak tepi tak jual hahhaha. So, here i will put all the information below this and feel free to reach me if u are interested okayyy, lovelies!!!
Comments
Post a Comment