Skip to main content

First Day Mendaftar di UKM~

Hii assalamualaikum semuaa. So basically kalini aku nak share pengalaman aku hari pertama mendaftar kat UKM. Tipu lah kalau kata aku tak sendu, sedih, hiba semuaa lah bila nak masuk universiti ni. Of course lah ada okayy semua feeling tuu, i pun manusia  biasa jugakk hahahaha.
Tapi aku terus setkan mindset aku, tak nak sendu sendu time nak daftar uni ni sebab bagi aku sama je kalau aku sendu sekalipun aku still jugak akan masuk and hadap jugak uni life kann?? So sama jeeee, baik takyah sendu hahahaha

         Okayyy, lets startttt. Aku gerak dari rumah pukul 10.30 pagi macam tu sebab aku stay Selangor so takde lah jauh sangat kan hehehehe. 

eceh menyempat la selfie kejap kannnn before officially jadi student uni hahahaha
         And lepastu tengahari tu singgah kedai makan dulu laa kan, isi peruttt.Even takde lah selera mana pun (nak masuk Uni dan dan la kau takde selera ek hahahaha), makan lah jugak takkan melopong je tengok orang makan kan?? So, pukul 1 macamtu habis makan, then bertolak lah ke Uni huhuhuhu. Sampai jeee UKM, wahh aku nampak pintu masuk dia sumpah aku terpesona, bangga, terpegun beb tengok uni nii. Terharu pun ada jugak sebab bangga dengan pencapaian diri sendiri untill dapat masuk Uni yang diidam idamkan semua orang kat Malaysia ni. 

         Tapi aku tak masuk ikut pintu utama UKM tu, aku masuk ikut pintu 2 sebab kolej aku which is Keris Mas dekat dengan pintu 2 tu hehehehe. Lepas tu, kami terus ke Dewan Gemilang untuk naik bas dan angkut barang bawa ke kolej aku which is Kolej Keris Mas. YA naik bas, memang naik bas pun. Actually aku terfikir jugak before hari kejadian yang benda ni confirm melecehkan punyaa lah! Ye lahh, kan lagi senang kalau parking je kat kolej terus and angkut barang naik bilik terus, takyah naik bas bagai kannn. Tapii jangkaan aku melesett sebab rupanya tak melecehkan, tak melambatkan punnn sebab time datang je Dewan Gemilang tu, terus dah ada bas yang akan angkut kita, family and barang barang kita u. Takde tunggu tunggu pun. Alhamdulillah memang cepat dan lancar jee urusan angkut barang ke kolej even naik bas. PC PC(pemudahcara) UKM pun sangat membantu dan peramah, i likeeee it. Dan semestinya lah kita pun kena hormat keputusan pihak kolej yang tak benarkan kenderaan masuk kolej untuk mengelakkan "jammed".

         So, nak dipendekkan cerita aku pun sampai di KKM and then terus pergi daftar, ambik kunci bilik sekali. Then, bermula lah episod aku,mak,bapak,kakak aku angkut segala barang, luggage, baldi semua tu ke bilik. Oh yaa, aku dapat bilik di aras 4. Fuhh punya lah aku risau laa mengeluh laa penat naik tangga nanti, ye lah lagipun aku kesian kan mak aku kena naik tangga sampai ke aras 4 nak angkut barang, dah la sakit kaki huwaaaa soo kesian. Rupanya tidakkk, yahoooo rupanya aku kena naik tangga satu aras je sebab pintu masuk blok aku pun dah aras 3 dah hehehhehe.

        Okay lepas kami dah letak semua barang di bilik, aku dan family aku duduk santai santai kat tempat rehat depan blok tu. So, rehat rehat and sembang sembang kejap, time ni lah waktu last aku dapat spend time dengan family aku before aku ditinggalkan ahahahahahaha kesian dia yaaa.

lepak lepak kejap nak hilangkan letih angkut barang hahahaha

         Lepas dah rehat rehat tu apa lagii waktu untuk family aku balik dah tibaaa. huwaaaaa so macam biasa laa kan kena ambik gambar duluu. uhuk uhuk untuk kenangan la katakann ye dakkk hahaha



bye byeee mak abah...(tibeh sendu hahahaha)

         Then, after bergambar tu, aku pun hantar la family aku ke bustop kolej tadi balik untuk naik bas ke Dewan Gemilang tu semula. Baru jee sampai bustop, ingat boleh la lama lama sikit nak spend time lagi kan( tak cukup cukup ek spend time kau hahaha), rupanyaa bas dah sampai huhuhuhu. So, family aku pun naik and then apa lagiii lambaii tangan laaa huwaaaaaaa. Tapi seriously time tu aku tak sedih ke sendu ke sebab time tu aku dah "feelingless" HAHAHAHAHA. Aku dah redho dah apa pun aku rasa,still aku dah sampai sini dan aku kena teruskan kehidupan kat sini as a student.

byeeeee jumpa lagiiii..
         Okay, setakat tu je dulu sharing aku kalini. Harap dapat membantu adik adik yang akan masuk UKM or Kolej Keris Mas sedikit sebanyak gambaran hari pertama pendaftaran. Terima kasih yang sudi baca blog ni okayy. Byeeeee assalaaamualaikum :)))























Comments

Popular posts from this blog

Cara Cari Buku guna Gemilang UKM (opac) di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM~~

                Hollaaa, happy weekend everybody!!! Okay harini aku nak share something yang sangat sangat penting especially for student UKM which is cara nak cari buku guna opac system kat library tercinta kita, PTSL (ecewahh) But, student uni lain pun boleh je follow step ni sebab sistem opac ni lebih kurang je kat semua library…Actually aku tau opac system kat PTSL ni nama dia Gemilang UKM adalah dari taklimat perpustakaan yang aku attend awal awal masuk uni haritu. Pegawai PTSL tu pun terangkan cara nak guna Gemilang UKM ni untuk cari buku yang available kat PTSL tu. So that, takde lah kita dah susah susah datang library, rupa rupanya buku yang kita nak tu dah tak available, gituu lah kiranyaa.                 Alkisahnya, actually aku pun malas jugak nak ambik port pasal Gemilang UKM lah, pinjam pulang buku lah, all of thi...

MUST TRY!!! Mee Tarik at Hot Meal Bar, Pusanika UKM

Okay gaisss, hai semuaaa. So harini aku excited lebih sikit sebab harini aku balik kampung, mid sem break just started!!! Yeayyyy feeling dia happy lain macam sebab ni adalah kali pertama aku balik rumah since masuk uni. Huwaaaa sedih bukan??hahahahaha Back to the topic, I wanna share to you guys about mee tarik. yummyyy.. Since aku masuk UKM, aku ada dengar buah mulut orang katanya mee tarik sini sedap. Aku be like..”erk,mee je pun,biasa laa bukan special mana pun…”So macam tak pernah terpikir pun nak masuk wishlist “to-try” gitu hahahaha. Btw mee tarik ni dijual di Hot Meal Bar,Pusanika. Aras berapa tu aku tak ingat kahkahkahkah.   Actually, baru baru ni aku ada pergi Hot Meal Bar tu sebab nak lunch tapi…apakan daya aku masuk je kedai tu terus culture shock jap, mostly dalam tu Chinese, baik Chinese local atau foreigner. Then, macam macam la persoalan bermain di fikiran aku ni, “erm halal ke makanan sini, kee makanan sini memang tak halal?” “erm semua Chinese dishes jee k...

Tips dan Trick di Kolej Keris Mas,UKM

Hi, assalamuaikum semuaaaaa. Hello geng, this is my first post dalam dunia blogging ni. So, nama aku Hani Aseman and you can call me Hani. Simple je kannnn hehehehe. Basically,aku merupakan student UKM bagi kos Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi. Aku merupakan pelajar tahun satu semester 1 dan baru je mendaftar 2/9/19 baru baru ni. Okayyy cukup la tu intro untuk diri aku hahahaha. Banyak banyak nanti kang syok sendiri pulakkk kehkehkeh. Nak dijadikan cerita, aku telah ditempatkan di kolej Keris Mas bagi kolej kediaman untuk tahun pertama ni. Or orang panggil KKM je senang. Buat adik adik yang bakal masuk UKM ni, tak payah nak sebut full sangat, kena gelak je nanti hahahaahaha. Before aku jejakkan kaki ke KKM ni, aku ada lah jugak dengar dengar yang KKM ni kolej kedua terbesar antara kolej dalam UKM ni. Fuhhhh,bangga jugak laa beb hahahaha. Sebab kolej yang paling besar katanya kolej Pendeta Zaaba which is musuh KKM jugak ahahahahaha lol. Okay,back to topic, aku nak kongsikan beb...